Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Wawasan Gemilang Juara Dikir Barat Peringkat Daerah Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Jun 2008

P5310029.JPG

Wakil Dari Wawasan Menerima Hadiah Dari Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Jeli En.Ikhwaniza Zahari

GEMANG 01 JUN 2008 – Sekali lagi Kumpulan Wawasan Gemilang dari Komuniti BESTARI Air Lanas, mejuarai Pertandingan Dikir Barat Kenegaraan Komuniti BESTARI Peringkat Daerah Jeli Tahun 2008 yang diadakan dekat sini semalam serta secara langsung layak ke Pertandingan Peringkat Jajahan.
 Sebanyak tiga kumpulan pendikir telah berentap semalam yang mana masing-masing mempersembahkan persembahan yang menarik dan amat menguji daya kebijaksanaan pengadil pertandingan.Ketiga-tiga kumpulan tersebut adalah dari Komuniti BESTARI Bukit Jering, Komuniti BESTARI Air Lanas dan Komuniti BESTARI Kalai.
 Di samping itu juga, tempat ke dua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Komuniti Bukit Jering  dan Komuniti Kalai.Pertandingan ini di anjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Jeli dan Komuniti BESTARI Daerah Jeli ini.Hadir sama dalam majlis pertandingan tersebut, Pegawai Penerangan Darah Jeli, En.Adam Sakri Ibrahim yang turut sama-sama memberi sokongan kepada para pendikir.
 Dalam ucapan nya, pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat seni baru bagi diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh serta memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda mempergiatkan seni budaya melayu Kelantan yang diwarisi sejak turun-temurun.
 Sehubungan dengan itu juga, dengan adanya pertandingan dan aktiviti seni budaya seumpama ini, secara langsung akan dapat mengelakkan golongan muda hari ini daripada terjebak dengan perkara-perkara yang negatif dan tidak bermoral.
P5310027.JPG

Kumpulan Dikir Dari Komuniti BESTARI Bukit Jering

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement