Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Operasi Pindah Mat Lawar lancar Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 08 November 2006

JELI 08 Nov 2006 - Gajah jantan digelar Mat Lawar yang cedera pada kaki kanan akibat dilanggar trailer di Jalan raya Timur-Barat dekat Batu Melintang , disini, Selasa lalu, dipindahkan ke Pusat Pengurusan Gajah Kuala Gandah, Pahang, semalam.

   Operasi memindahkan gajah berusia sembilan tahun dari kawasan Hutan Simpan Gunung Basor berjalan lancar diketuai Ketua Unit Pengurusan Gajah Kuala Gandah, Nasharuddin Othman mulai jam 8.30 pagi hingga 3.15 petang.

   Operasi memindahkan Mat Lawar itu turut dibantu dua gajah denak iaitu Cik Mek dan Lokimala bagi memastikan gajah jantan seberat kira-kira 1.5 tan itu tidak mengamuk.

   Nasharudin berkata, gajah itu dihantar ke pusat pemulihan bagi menjalani rawatan susulan akibat kecederaan dirempuh trailer ketika melintas jalan berhampiran kampung berkenaan.

   "Sebelum ini, gajah itu terpaksa ditempatkan sementara di tempat haiwan itu ditangkap kerana kecederaannya agak membimbangkan.

   "Haiwan yang cedera biasanya boleh bertindak agresif jika didekati oleh mereka yang bukan pakar serta boleh membahayakan penduduk kampung," katanya.

   Nasharuddin berkata, pihaknya mengambi masa kira-kira dua jam untuk membawa gajah itu masuk ke dalam lori yang akan mengambil masa enam jam perjalanan sampai ke Kuala Gandah.

   "Pihak pengurusan belum membuat keputusan berhubung masa depan gajah itu sehingga memastikan ia pulih sepenuhnya sebelum keputusan melepaskannya kembali ke hutan," katanya.

   Katanya, gajah terbabit dipercayai terpisah daripada kumpulan gajah yang pernah memusnahkan kebun milik penduduk sekitar Kampung Lawar dan Kampung Sungai Mekong dekat Batu Melintang, sejak awal tahun ini.

   "Mat Lawar ialah gajah kedua yang berjaya ditangkap Jabatan Perhilitan Kelantan sejak awal tahun ini," katanya.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement