Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pasangan Suami Isteri Tinggal Sehelai Sepinggang Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 07 November 2006

Kebakaran Rumah Husin Yahya.jpg

BLOK MACHANG 07 Nov 2006 - Sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang dan kerugian hampir RM50,000 apabila rumah mereka musnah dijilat api di sini, semalam.

   Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu mengakibatkan mangsa terpaksa menumpang di rumah anaknya di Blok Kota Bharu dekat sini.

   Mengikut Ketua Ahli Bomba dan Penyelamat Jeli, Ab Kadir Che Ya, pihaknya menerima laporan tersebut pada jam 10.22 pagi daripada Balai Polis Ayer Lanas.

   "Kami tiba di tempat berkenaan 20 minit kemudian dan dapat mengawal api dalam tempoh lima minit.

   "Ketika tiba di tempat kejadian, rumah tersebut hampir musnah dan hanya bahagian dapur serta serambi sahaja yang terselamat," katanya semalam.

   Menurutnya, punca kebakaran dipercayai daripada sebuah bilik kosong berhampiran ruang tamu rumah itu.

   " Rumah kayu mengakibatkan api marak dengan cepat dan kami dapat memadamkan sepenuhnya pada jam 11.30 pagi ," katanya.

   Sementara itu, mangsa, Hussin Yahya, 60 dan isterinya, Siti Khadijah Mamat 56 ketika kejadian sedang menoreh di kebun getah milik mereka.

   Menurut menantu lelaki mangsa, Jamaluddin Yusof, 40 kebakaran tersebut disedari jiran-jiran yang melihat kepulan asap dan api dari rumah berkenaan

   "Mentua saya menutup semua suis sebelum meninggalkan rumah itu," katanya.

   Tambahnya, kedua mentuanya itu kini terpaksa tinggal bersama anaknya, Zulkifli Hussin, 38 di Blok Kota Bharu.

   "Semuanya musnah dan hanya tinggal barang yang diletakkan di bahagian dapur sahaja selamat.

   "Namun saya bersyukur kerana kereta mentua saya sempat diselamatkan penduduk tempatan dengan memecahkan cermin depan kereta itu , " katanya.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement