Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kerajaan Tidak Abaikan Pendidikan Anak Orang Asli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 01 November 2006

SUNGAI RUAL 01 Nov 2006 - Jabatan Pelajaran Kelantan memberi jaminan pendidikan terhadap anak-anak Orang Asli tidak akan diabaikan supaya setaraf dengan masyarakat lain.

   Pengarahnya, Ismail Md Noor berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan majlis hari raya di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, dekat sini.

   Katanya, sekolah berkenaan yang mempunyai lebih 100 murid Orang Asli akan dipertingkatkan kemudahan bagi keselesaaan mereka.

   Perubahan tidak akan datang dengan sert-merta dan kita perlu menjadikan anak-anak seorang yang berpendidikan.

   "Kehidupan masyarakat Orang Asli dikelilingi dengan suasana kampung dan tidak pentingkan pelajaran tetapi kerana minat belajar murid-murid berada dalam kedudukan sekarang.

   "Oleh itu ibu bapa juga harus memastikan anak-anak pergi ke sekolah kerana mereka yang akan menentukan perubahan negara," katanya.

   Menurut beliau, tidak mustahil suatu hari nanti terdapat anak Orang Asli yang muncul sebagai doktor atau memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

   Ini kerana, katanya, tidak wujud perbezaan kaum untuk cemerlang dalam pelajaran dan anak-anak Orang Asli juga mampu berbuat demikian.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement