Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Gajah Dilanggar Lori Semalam Sudah Boleh Berjalan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 01 November 2006

BATU SEMBILAN 01 Nov 2006 - Seekor gajah yang cedera selepas dilanggar lori kelmarin semakin pulih dan kini sudah mampu berjalan semula.

   Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Pazil Abdul Patah ketika ditemui berkata, gajah berkenaan yang diikat kakinya dibantu jentolak bagi memudahkannya bangun.

   "Kira-kira jam 11 pagi haiwan itu dapat berdiri dengan baik sebelum memasuki kawasan bersemak.

   "Kaki kiri hadapan gajah berkenaan telah membengkak akibat rempuhan berat berkenaan dan bahagian perubatan haiwan datang merawat gajah itu semalam," katanya.

   Menurutnya, gajah berkenaan akan dihantar ke Pusat Rawatan Gajah Kuala Gandas, Pahang untuk rawatan selanjutnya.

   Bagaimanapun, katanya kecederaan sebenar gajah itu masih tidak dapat dikenal pasti dan terdapat kesan luka yang bernanah di bahagian kaki kiri haiwan tersebut.

   Pazil berkata, mungkin esok atau lusa bahagian Unit Penangkapan Gajah akan mengambil gajah itu untuk dirawat.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement