Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 KEMAS Anjur Hari Potensi Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 30 April 2008

bakatcilik.JPG

 

Antara Peserta Hari Potensi

 

BUKIT NANGKA 30 APRIL 2008 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Jeli, telah mengadakan program “Hari Potensi Kanak-Kanak Tadika” dekat sini hari ini.

                Program ini dijalankan bagi mengadakan pemilihan terhadap kanak-kanak yang pintar untuk mewakili peringkat daerah dan seterusnya untuk dimajukan ke peringkat kebangsaan.

Program yang dihadiri oleh seluruh pelajar tabika Parlimen Jeli ini hari ini menampilkan pelbagai bakat cilik yang ada pada mereka, antaranya berpidato, pengucapan awam, tilawah al-quran dan sebagainya.

                Penyelia Kanan KEMAS Jeli, Pn.Roslinah sewaktu ditemui berkata, program yang dianjurkan oleh Jabatan KEMAS ini merupakan program yang amat bermanfaat terutamanya mengasah bakat yang ada di kalangan mereka.

                “Kita adakan program ini mengikut teknik akademi fantasia..mereka diajar dan dilatih mengikut bakat yang ada pada mereka…” 

                “mereka akan kita hantar ke petandingan peringkat daerah dan seterus nya akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan……melentur buluh,biarlah dari rebungnya..” kata nya.

cilik.JPG

Guru Pengiring Bersama Anak-Anak Didik Mereka

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement