Carian  
14 Oktober 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 PURE RUS Dapat Sambutan Masyarakat Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 19 April 2008

P4190079.JPG

Antara Peserta Penyaringan Kesihatan

JENUB 19 APRIL 2008 - Kira-kira seramai 80 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perubatan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Shah Alam telah turun ke Jeli bagi menyempurnakan khidmat masyarakat mereka dengan memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada warga Jeli khususnya, dibawah program PURE RUS (Prospective Urban Rural Episdemology Rural Urban Studies) hari ini.

   Program Penyaringan Kesihatan ini mendapat mandat oleh To'Pa selaku Ahli Parlimen Jeli yang sentiasa ingin memberikan kemudahan kepada masyarakat Jeli dalam perlbagai aspek termasuk aspek kesihatan.Dengan kerjasama UiTM hari ini, masyarakat Jeli boleh dikatakan amat bertuah dengan adanya program seumpama ini.Dari segi kos perkhidmatan,kos untuk pemeriksaan dan rawatan seumpama ini dianggarkan mencecah RM 3000 untuk seorang pesakit,tetapi hari ini hampir 200 orang masyarakat Jeli yang dijemput mendapat perkhidmatan tersebut secara percuma.

Walau bagaimanapun, program hari ini bukan sekadar individu yang dijemput sahaja tetapi ia terbuka untuk mana-mana individu yang ingin menjalankan pemeriksaan kesihatan.Program ini mensasarkan warga Jeli yang berumur 35 tahun ke 70 tahun.Program ini berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

P4190085.JPG

Warga Jeli Sewaktu Menjalankan Ujian Darah

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement