Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Masjid Kampung Jakar Mendapat Peruntukan Tambahan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 26 Oktober 2006

Penyerahan Peruntukan Tambahan Masjid Jakar.jpg

KG JAKAR 26 Okt 2006 - Masjid Kampung Jakar yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga, telah memperolehi peruntukan tambahan berjumlah RM10,000 untuk projek membaiki dan mengecat pagar masjid tersebut.

   Ahli Parlimen Jeli Dato' Mustapa Mohamed menyerahkan peruntukan berkenaan kepada tuan imam pada satu majlis yag diadakan di masjid itu.

   Terdahulu ketika berucap, Dato' Pa berkata, pembangunan agama dan dakwah akan terus diberi keutamaan di parlimen Jeli.

   Menurutnya, ini termasuk menyalurkan peruntukan bagi membaik pulih dan membekalkan pelbagai kelengkapan di semua musalla dan masjid yang terdapat di kawasan parlimen Jeli sejak dahulu lagi.

   "Bagi masjid Kampung Jakar ini, sudah banyak peruntukan yang disalurkan sebelum ini dan kita bersedia untuk meluluskan lagi jika ada permohonan baru bagi kerja membaik pulih pada masa akan datang," katanya.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement