
JENUB 2 APRIL 2008 – Setelah tamatnya pilihanraya, To’ Pa selaku Ahli Parlimen Jeli telah awal-awal menganjurkan pelbagai program untuk masyarakat Jeli khususnya.
Antara agenda utama yang amat beliau tekankan ialah pembentukkan rohani yang mantap di parlimen beliau.Hasil kesinambungan yang lalu.To’Pa mempergiatkan lagi program agama yang sebelumnya telah diadakan.
Bertempat di Pusat Dakwah Parlimen Jeli,masyarakat Jeli diberi ceramah serta pelbagai program keagamaan bagi mencapai hasrat beliau yang inginkan masyarakat Jeli membangun dengan ilmu pengetahuan serta pengetahuan agama yang mantap bagi melahirkan masyarakat Jeli yang gemilang.
Bermula penghujung Mac baru-baru ini,kelas keagamaan akan diadakan setiap hari selasa, khamis dan jumaat pada setiap minggu yang mensasarkan seluruh peringkat umur masyarakat.

Golongan Muda Antara Peserta Program