Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 “CUKUP LA 18 TAHUN, SERIK BENAR DOH” Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Mac 2008

Hanani ketika ditemui di rumahnya

AIR CANAL, 29 FEB – Banyak pihak mempertikai keberkesanan Pas memerintah Kelantan sejak 1990 dan mahu melihat perubahan kerajaan.
         Veteran Haji Abdul Samad Deraman berkata 18 tahun adalah tempoh yang lama namun kemajuan yang dicapai kerajaan negeri Pas amat terhad sekali. Kehidupan dan pendapatan rakyat, terutama di luar bandar, tidak banyak berubah sepanjang tempoh itu.
         “Pas ni banyak ceramah dan bual kosong. Perancangan itu ini tapi banyak yang tak menjadi. Rakyat yang jadi mangsa bila tidak ada kemajuan,” katanya dengan nada kesal.
         Pelajar Hanani Hanafi berkata tidak banyak peluang yang ada bagi golongan belia sepertinya. Baik dari segi peluang pendidikan tinggi mahupun pekerjaan.
         “Sebagai orang muda, kita ada harapan besar untuk baiki taraf hidup. Kita mahu capai cita-cita untuk mendapat kerjaya yang baik dan bantu keluarga. Oleh kerana Kelantan tak banyak peluang, saya kena sambung belajar dan cari kerja di negeri lain,” kata Hanani, seorang lulusan Universiti Malaya.
         Eh Wang, seorang guru pencen, berkata di bawah pemerintahan Pas, banyak slogan dan retorik  politik yang diutarakan, bukan usaha konkrit untuk pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.
         “Projek yang Pas cuma kecil-kecilan sekadar nak tunjuk ada pembangunan. Hakikatnya, negeri lain dah jauh ke hadapan. Kita ketinggalan serba serbi. Cukup la 18 tahun Pas memerintah, serik benar dah,” kata beliau.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement