JERIMBONG, 29 FEB - Puteri UMNO Jeli akan memastikan jenteranya berjalan lancar sepenuhnya untuk menjamin kejayaan semua calon BN dalam pilihanraya kali ini.
“Kita bukan sahaja mahu pastikan penyandang kekal jawatan, malah calon baru DUN Ayer Lanas, Dr Azmi Setapa juga menang besar,” kata ketuanya, Norwahida Patuan.
Beliau menyeru semua ahli Puteri memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada jentera Bahagian.
Tambahnya, beliau berpuas hati dengan kerja keras dan komitmen semua ahli Puteri alam usaha memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah Pas atau Parti Keadilan.