Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 TO’ PA TEMUI PENIAGA PASAR TANI Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 29 Februari 2008

To'Pa bermesra dengan pengunjung Pasar Tani Mega

AIR LANAS, 29 FEB – Kesibukan Tok’ Pa menjalankan kempen bagi memancing undi menjelang pilihan raya umum 8 Mac ini, tidak hanya tertumpu terhadap kempen dari rumah ke rumah.
   Sehubungan itu, kempen turut dijalankan di tempat terbuka termasuk di tapak Pasar Tani Mega Air Lanas, pagi ini.
   Dalam kunjungan itu, beliau sempat beramah mesra bersama peniaga ketika  melawat setiap gerai jualan dan pada masa sama pula berpeluang bertemu dengan ramai pengunjung ke Pasar Tani Mega berkenaan.
   Kemudiannya, calon BN bagi kerusi Air Lanas juga menyusul untuk bertemu dengan peniaga dan pengunjung pasar tani itu sebaik Dato’ Pa beredar dari situ bagi menghadiri program lain.
   Sempena hari pasar tani mega tersebut, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kor Kesihatan turut mengadakan program rawatan kesihatan pergigian percuma di tapak berkenaan.

To'Pa bersama Angkatan Tentera Malaysia

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement