
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir diupacara Majlis Pecah Tanah UMK
BACHOK, 29 FEB – Universiti Malaysia Kelantan atau ringkasnya UMK merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke 19 akan dibina di Kelantan tidak lama lagi. Pada upacara Majlis Pecah Tanah Universiti Malaysia Kelantan ini telah menyaksikan lebih 10,000 ribu orang telah membanjiri kawasan ini. Ini dapat dilihat rakyat Kelantan memberi sokongan padu di atas pembinaan Insititusi Pengajian Tinggi Awam yang ke 19 ini yang menantikan sebuah universiti induk wujud di Kelantan.
Pada Majlis yang Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ini telah diiringi oleh Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Turut hadir di majlis petang yang berbahagia ini ialah, YB Dato’ Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia yang bakal menjadi Menteri Besar Kelantan jika Barisan Nasional mengambil alih pentadbiran di Kelantan dan juga Datuk Seri Pangima Anuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Sebanyak RM205 juta peruntukan dikeluarkan untuk membina kampus ini yang keluasannya merangkumi tanah seluas 769 ekar. Dijangka kampus UMK ini akan siap dibina pada tahun 2010.