

To'Pa (empat dari kiri) bersama PM dalam upacara Majlis Pecah Tanah UMK
BACHOK, 29 FEB – Hari ini 4.30 petang telah berlansungnya upacara Majlis Pecah Tanah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok. Pada majlis yang berbahagia ini, Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pendidikan Malaysia mengiringi YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Selain kampus Bachok, sebagai kampus utama Universiti ini, UMK mempunyai sebuah lagi kampus di Jeli. Kampus Bachok ini, akan memuatkan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah serta Pusat Pentadbiran Universiti.
Manakala Kampus Jeli akan memuatkan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli serta Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana. Sehingga kini, UMK mempunyai 290 orang pelajar perintis, kemasukan sesi Julai 2007, serta 163 orang kakitangan sehingga 15 Januari 2008