Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 RUMAH TETAMU DIRASMIKAN Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 28 Februari 2008

Dato' Mustapa Mohamed merasmikan Rumah Tetamu

JELI, 28 FEB – Bertempat di Batalion Pertama Rejimen Sempadan, di Kem Batalion 301, Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah hadir merasmikan Rumah Tetamu di kem ini.
  Kem ini ditubuhkan pada 1979 dan berperanan untuk menjaga keselamatan sempadan Malaysia-Thailand. Dalam ucapan Dato’ petang tadi, beliau memanjatkan kesyukuran di atas keperihatinan Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana pada 12 Januari lalu membuat penyerapan 500 askar Wataniah di sini kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan penyerapan ini, semua tentera akan lebih banyak mendapat kemudahan seperti pencen dan pinjaman.
  Turut hadir pada majlis ini ialah Leftenan Kolonel Amiruddin b Dato’ Sulaiman, Mejar Aziz b Mamat, Mejar Mohd Yusof B Mohd Nasir, Mejar Mohd Tahir B Mohmed, Mejar Mokhtar b Mat Ali dan Kapten Amiruddin b Ahmad. Selesai upacara perasmian ini, Dato’ Mustapa Mohamed ke Majlis Makan Malam sebelum solat Maghrib berjemaah dan majlis tahlil bersama anggota di kem ini.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement