
Dato' Alimuddin (tengah) menyampaikan biasiswa kepada ibubapa pelajar diiringi Tuan Hj Mohd Ghazali (dua dari kanan)
JELI, 27 FEB – Bermula hari ini, guru-guru dan ibubapa yang ingin berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah tidak lagi perlu ke Tanah Merah lagi. Ini kerana, bermula pada hari ini Pejabat Pendidikan Daerah dengan rasmikan dibuka di Jeli.
Menggunakan bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli yang telah diubahsuai, pejabat pendidikan ini akan beroperasi dengan menempatkan 4 orang pegawai yang bersedia untuk berkhidmat di sini.
Yang Berbahagia Dato’ Alimuddin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berbesar hati merasmikan majlis ini seterusnya merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Jeli. Turut hadir pada majlis petang ini ialah Dr Azmi Setapa, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, bagi menggantikan Dato’ Mustapa Mohamed yang tidak dapat hadir. Sesi dialog bersama guru-guru dan ibubapa pelajar turut diadakan dan akhir sekali ialah upacara penyampaian biasiswa kepada pelajar Sek. Men. Keb Jeli. Hadir bersama mengiringi Dato’ ialah Tuan Hj Mohd Ghazali Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan.