Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kesesakan Teruk di Majlis Rumah Terbuka Dato' Pa Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 26 Oktober 2006

Org ramai mengerumuni untuk bersalaman.jpg

 

DARUL FALAH 26 Okt 2006 - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dato' Pa disambut meriah. Kesesakan hampir 2 km sepanjang kiri dan kanan jalan di Darul Falah pada majlis tersebut. Lebih 8000 orang hadir memeriahkan majlis.

   Pelbagai golongan masyarakat turut sama-sama hadir menyerikan majlis tersebut. Majlis bermula dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang dengan Takbir Hari Raya, Tahlil dan Doa Selamat. Pelbagai juadah istimewa disediakan antaranya ketupat, lemang, roti canai, roti jala  dan pelbagai kuih tradisional. 3 ekor lembu turut tumbang bagi jamuan tengahari.

   Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Naib Canselor Uitm Shah Alam Y. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr Ibrahim Abu Shah, Pengarah Uitm Shah Alam Prof Dato' Hussin Abd Rahman, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Panglima 8 Briged, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Ketua UMNO bahagian Tumpat, Ketua-ketua Jabatan dan pemimpin parti politik.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement