Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Universiti Kelantan mulakan sesi Julai 2007 Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 20 Ogos 2006
KOTA BHARU 20 Ogos - Bidang perniagaan dan keusahawanan serta
industri kecil dan sederhana (IKS) akan dijadikan teras utama
pembelajaran di Universiti Kelantan yang akan memulakan sesi pada
Julai tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tiga subjek
lain iaitu nilai-nilai Islam dan kemahiran bahasa asing akan
diterapkan sebagai sandaran di universiti yang merupakan institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) yang ke-19 di negara ini.

``Untuk pengambilan pertama ini, sebanyak 500 pelajar akan
ditempatkan pada Julai 2007 di Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB)
yang dijadikan kampus sementara sebelum kampus utama di Bachok dan
Jeli siap,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat ringkas berhubung
pembinaan Universiti Kelantan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi ke kampus sementara IPKB di sini, hari ini.

Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri,
pada 31 Mac lalu setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun lalu.

Menempatkan

Menurut Mustapa, kampus utama Bachok akan menempatkan tiga fakulti
iaitu Perniagaan dan Keusahawanan, Seni dan Warisan dan Fakulti
Bahasa dan Pembangunan Insaniah.

Manakala kampus Jeli pula akan menempatkan Fakulti Sains Hayat dan
Alam Sekitar.

Beliau memberitahu, kementeriannya akan melantik Naib Canselor,
Pendaftar dan Bendahari serta 24 kakitangan lain dalam masa terdekat.

Tambahnya, pelajar ijazah pertama dan pasca siswazah dapat dibuat
dalam masa tiga tahun lagi.

``Menjelang Julai 2010, universiti Kelantan akan menampung sebanyak
sebanyak 2,160 di samping 135 orang dan kakitangan akademik serta 148
orang yang bukan akademik,'' ujarnya.

Mustapa berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk
pengurusan pada tahun ini dan RM100 juta melalui pihak swasta (PFI).

Selain itu, beberapa kemudahan disediakan untuk kemudahan pelajar.
Antaranya ialah pejabat-pejabat dekan dan sebuah blok bangunan untuk
fakulti, bilik seminar dan bilik-bilik pensyarah.//Utusan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement