
Dr.Azmi Menyampaikan Bantuan Kepada Salah Seorang Bapa (Wakil Murid) Yang Menerima Bantuan
KAMPUNG KALAI 29 JANUARI 2008 - Seramai 167 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kalai, menerima bantuan daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah kira-kira RM45,900 tahun ini.
Bantuan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Dr Azmi Setapa di dewan utama sekolah berkenaan, semalam. Turut hadir wakil pejabat PPD Tanah Merah/Jeli, Ustaz Che Mud dan Guru Besar sekolah tersebut, Cikgu Zaid.
Pemberian bantuan KWAPM adalah sumbangan daripada kerajaan pusat dan syarikat korporat bertujuan membantu murid dan pelajar miskin tanpa mengira tahap pencapaian akademik supaya mereka boleh meneruskan persekolahan