Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Empat IPTA Naik Taraf Universiti Penyelidikan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 16 Oktober 2006

JELI 16 Okt 2006 - Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dinaikkan taraf sebagai universiti penyelidikan mulai tahun depan.

   Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Mustapa Mohamed, berkata berikutan kenaikan taraf itu, nisbah pengambilan pelajar bagi program pengajian peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan akan mengalami perubahan.

   "Bilangan pengambilan pelajar empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terbabit akan ditumpukan terhadap pengajian peringkat ijazah lanjutan dengan mengurangkan pengambilan ijazah pertama".

   "Bilangan kemasukan pelajar ke universiti tetap sama. Cuma yang berbeza tumpuan lebih diberikan kepada peljar yang ingin melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana dan doktor falsafah", katanya selepas menyampaikan bantuan banjir berjumlah RM 60,000 kepada 600 pelajar di parlimen Jeli yang terbabit bencana itu tahun lalu, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli, di sini semalam.

   Mustapa berkata, universiti lain akan menampung pengambilan pelajar baru untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama.

                                                                                                           -Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement