
Tersergam indah : Bangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan Jeli
BUKIT BUNGA 13 JANUARI 2008 - Pelbagai pihak terutama kontraktor di kawasan Parlimen Jeli tidak perlu lagi ke Tanah Merah untuk berurusan dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kerana agensi berkenaan sudah memulakan operasi secara rasmi di sebuah bangunan terletak bersebelahan Kompleks Umno Bahagian Jeli, mulai 1 Januari lalu.
Seramai lapan kakitangan terdiri daripada pegawai sokongan termasuk dua juruteknik dan seorang pemandu turut ditempatkan di pejabat berkenaan. Kemudahan disediakan kerajaan pusat itu disambut baik oleh rakyat Jeli.

Antara Kakitangan JPP Jeli