
dua kiri-Dato' Pa sedang memberikan kata-kata semangat kepada adik Nornadia dan Nornazira
AIR BATU 25 DISEMBER 2007 – Tragedi kemalangan melibatkan 3 sekeluarga dan 3 saudara-mara di kilometer 71.4 Lebuhraya Timur-Barat, Gerik semalam mendapat perhatian Ahli Parlimen Jeli, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed setelah beliau berkunjung ziarah ke rumah keenam-enam keluarga mangsa.
Mangsa daripada Kampung Air Batu dan juga Kampung Panglima Bayu kini yang masih bersedih diatas kehilangan keluarga sedikit sebanyak terubat dengan kunjungan daripada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia itu yang ternyata turut bersimpati dan bersedih diatas dugaan yang menimpa keluarga mangsa.
Dato’ Pa yang selaku Wakil Rakyat dalam kunjungannya hari ini mengucapkan takziah khususnya buat keluarga adik Nornadia, 12 dan Nornazira, 10 yang kini hanya tinggal dua beradik setelah kehilangan kedua-dua ibu bapanya serta adik bongsunya yang berumur 1 tahun 3 bulan yang terkorban dalam nahas di Gerik.
Sungguhpun rombongan UMNO Bahagian Jeli dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian semalam sudah menyampaikan sumbangan beras dan wang buat keluarga mangsa, namun Dato’ Pa dengan rombongan UMNO Bahagian Jeli hari ini turut menyumbangkan sedikit sumbangan peribadi beliau buat sekalian keluarga mangsa bagi meringankan beban yang terpaksa dihadapi keluarga.
Dato' Pa ketika melawat keenam-enam rumah keluarga mangsa