Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 ‘Cakna Ilmu Warga Jeli’ Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 24 November 2007

Cakna Ilmu Warga Jeli_1.jpg
Dato' Pa ketika memberikan ucapannya semalam

JELI 23 NOVEMBER 2007 – Satu forum ilmu bertajuk ‘Cakna Ilmu Warga Jeli’ yang dijalankan dibawah Program Kemasyarakatan Politeknik dan Kolej Komuniti anjuran Kementerian Pengajian Tinggi melalui Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Dato’ Hj. Mustapa Mohamed semalam telah berlangsung dengan berjaya di Sekolah Kebangsaan Jeli (1) dengan hadirin yang terdiri daripada Dato’ Pa sendiri serta sekalian warga Jeli dan juga warga anak angkat daripada Kolej Komuniti dan Politeknik  disini malam tadi.

Majlis yang mengundang 2 orang panel ilmuan terkenal tanahair, Timbalan Mufti Kelantan, Sahibul Samahah Dato’ Hj. Shukri bin Mohamed dan juga Pengarah UiTM Kelantan, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hussain Abd Rahman ini semalam mengetengahkan perihal kepentingan ilmu dan juga tuntutannya didalam islam.

Kedua-dua panel mengaitkan tentang betapa pentingnya akan seseorang manusia untuk mencari, mendapat dan mengamalkan ilmu demi melaksanakan tuntutan sebagai khalifah didunia ini. Menurut Dato’ Hussain, “Setiap insan adalah pemimpin, kita akan dipimpin dan akan memimpin dan kepimpinan ini hanya akan sempurna melalui penaklukan ilmu yang sempurna…”

Menurut Dato’ Shukri, Imam Hambali mengatakan bahawa "manusia memerlukan ilmu lebih daripada manusia memerlukan makanan harian kerana pengisian rohani perlu berterusan demi menjamin kesempurnaan hidup sebagai seorang insan".

Dato’ Pa dalam ucapan ringkasnya semalam turut menekankan betapa pentingnya ilmu kepada manusia dan beliau sendiri bersyukur terhadap Allah SWT kerana dibekalkan ilmu serta diberikan keizinan dan amanah untuk membentuk masyarakat khususnya masyarakat islam tanahair ini malalui pendidikan.

Sungguhpun tanggungjawab yang diberikan ini besar namun selaku khalifah Allah sebagai Menteri Pengajian Tinggi, beliau berjanji akan cuba untuk memainkan peranan dan tangggungjawab ini dengan sebaik mungkin dan InsyaAllah usaha murni Dato’ Pa ini akan mendapat kejayaan dan keredhaan Allah S.W.T.

Cakna Ilmu Warga Jeli_2.jpg
Kiri-Dato' Shukri (Kanan-Dato' Hussain sedang menyampaikan  hujah kepada  hadirin)

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement