Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Majlis Sambutan Hari Raya FELCRA Tumbi Rapat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 05 November 2007

raya tokpa.JPG

To'pa menjamu selera bersama warga FELCRA

 

TUMBI RAPAT 4 NOVEMBER 2007 – “….Ambo dengan YB.Aziz sie male duk mikir lagu mano nok beri kemudohan yang seleso kepada adik-kakok semuo” (saya dan YB.Aziz Derashid sentiasa memikirkan cara yang terbaik  untuk memberi kemudahan yang selesa kepada penduduk Parlimen Jeli Khususnya)  begitulah kata-kata To’Pa kepada warga FELCRA Tumbi Rapat, Batu Melintang sempena Majlis Sambutan Hari Hari Raya anjuran FELCRA Wilayah Timur yang berlangsung semalam.

 

Masyarakat Jeli pada hari ini katanya amat beruntung kerana pihak Kerajaan Persekutuan atau Pusat banyak menyalurkan projek-projek pembangunan serta penambahbaikan kepada projek-projek  pembangunan yang sedia ada sekarang.Pada awal tahun 2008 nanti, rakyat Jeli bakal menikmati lebih banyak lagi hasil pembangunan dibawah kepimpinan YB.Dato' Mustapa Mohamed yang akan mengubah wajah Jeli sekaligus memberi imej baru kepada masyarakat luar tentang Jeli khususnya.

 

YB.Dato’ Mustapa Mohamed dalam ucapannya menyebut, antara projek-projek yang akan di laksanakan ialah Pembinaan Kampus Universiti Malaysia Kelantan, Pembinaan Politeknik, Pembinaan Sekolah Menengah Sains, Projek Memperelokan Jalan Jeli – Jelawang – Gua Musang serta pelbagai lagi projek-projek yang telah dan bakal dinikmati oleh rakyat Jeli pada hari ini serta pada masa yang akan datang.Kerjasama serta hubungan yang erat antara masyarakat dengan wakil rakyat amat diharapkan  agar impian untuk melihat Jeli sebagai satu Bandar Baru yang membangun, menjadi satu kenyataan.

 

DSC00791.JPG

Ramah Mesra TO'Pa bersama Warga FELCRA Tumbi Rapat

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement