
Dato' Pa bersama Datin melawat ke gerai-gerai yang menyediakan juadah raya
JELI 21 OKTOBER 2007 – Sungguhpun sudah masuk ke-9 syawal 2007, majlis sambutan Aidilfitri tetap lagi dirasakan di kalangan penduduk Jeli apabila satu majlis sambutan Aidilfitri Perdana anjuran Majlis Perbandaran Jeli serta 43 jabatan kerajaan seluruh Parlimen Jeli berlangsung di Dataran Makan-Makan disini semalam.
Majlis yang dihadiri oleh lebih 10,000 orang pengunjung ini telah disempurnakan perasmiannnya oleh Menteri Pengajian Tinggi juga selaku Ahli Parlimen Jeli, YB Dato’ Hj.Mustapa Mohamed dengan diiringi isteri kesayangannya Datin Kamarzan binti Ahmad Meah.
YB Dato’ yang terlebih dahulu melawat kegerai-gerai berasa bangga dan berpuas hati serta mengucapkan tahniah beliau kepada Ketua Jajahan Daerah Jeli, En.Serpudin kerana berjaya menganjurkan satu Majlis Jamuan Aidilfitri besar-besaran untuk sekalian rakyat Jeli yang juga merupakan acara sulung.
Menurut To’ Pa, majlis sebegini akan dijadikan acara tahunan pada masa akan datang dengan harapan sambutan yang akan lebih menggalakkan daripada kakitangan dan juga orang ramai. Dato’ Pa dalam ucapannya berkata “Dengan adanya majlis seperti ini, saya berharap selepas ini kita semua akan lebih kuat bekerja untuk rakyat…”

Dato' Pa sempat melawat gerai Pertubuhan UMNO Jeli yang menyediakan pelbagai jenis bubur