Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Adnan : “Kuasa Ketiga” Boleh Jadi Penentu PRU 13 Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 30 Januari 2012

KUANTAN, 30 Jan - ‘Kuasa ketiga’ boleh menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang namun ia tidak akan menjejaskan keyakinan dan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengakui apa yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai ancaman ‘kuasa ketiga’ itu adalah benar dan ia perlu diberi perhatian.

“Tetapi apa yang penting ialah pengundi, kerana mereka yang akan menentukan pilihan apabila tiba masanya (PRU) nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pakaian dan beg sekolah kepada 1,565 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kuantan sumbangan Yayasan Pahang di sini, Isnin.

Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa BN sedia berdepan dengan siapa sahaja termasuk ‘kuasa ketiga’ yang didakwa akan menjadi ancaman dan penentu pada PRU ke-13 nanti.

Muhyiddin mengakui sukar meramalkan ‘kuasa ketiga’ tetapi bersedia menghadapinya dan akan ditentang seperti pembangkang lain.

Menurut Adnan kewujudkan ‘kuasa ketiga’ tidak dapat dielakkan kerana masyarakat semakin terdedah kepada pelbagai maklumat.

Katanya sekiranya ‘kuasa ketiga’ itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beliau percaya tidak semua NGO adalah anti kerajaan kerana sesetengahnya turut menyokong agenda kerajaan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement