Dato' Pa dan Datin sedang mengalukan tetamu yang hadir agar menjamu hidangan
BATU SEBELAS 15 OKTOBER 2007 – Satu majlis ‘Rumah Terbuka Aidilfitri’ sempena menyambut hari lebaran telah berlangsung semalam bermula 10 pagi sehingga 12 malam dikediaman Ahli Parlimen Jeli, merangkap Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed di kediaman beliau di Darul Falah disini semalam.
Majlis yang bersamaan dengan 3 Syawal itu sungguh menggamit suasana dengan kehadiran lebih 7000 orang pengunjung yang terdiri daripada orang kenamaan, tempatan dan juga luar yang tidak putus-putus hadir bagi meraikan hari lebaran bersama pemimpin/tokoh berjiwa rakyat ini.
Sebanyak 5 gerai makanan disediakan khas bagi menyediakan makanan buat pengunjung dengan pelbagai hidangan yang cukup menjamu selera disediakan secara percuma buat sekalian pengunjung yang hadir.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Naib Canselor UiTM, Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah serta Pengarah UiTM Machang, Dato’ Prof Dr Husin Abd Rahman dan beberapa VIP tanahair yang turut tidak melepaskan peluang untuk beraya dan bermaaf-maaafan bersama pemimpin yang mereka segani ini.
Dato’ Pa yang ditemani isteri, Datin Kamarzan binti Ahmad Meah semalam turut mengambil peluang memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang berkunjung ke rumah beliau. Menurut Dato’ Pa, sambutan rumah terbuka di Darul Falah pada tahun ini ternyata lebih meriah jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Beliau dan isteri yang sungguh berbesar hati ternyata lebih gembira kerana kunjungan rakyatnya yang berpusu-pusu pada tahun ini dan ini merupakan satu penghormatan buat beliau dan isteri disamping menandakan bahawa nama “Dato’ Pa” dan “Datin Kamarzan” sememangnya sudah semakin kukuh dihati sekalian rakyat.
"Majlis ini sudah menjadi tradisi bagi kami di Jeli" katanya sewaktu mengikuti sidang media yang turut sama hadir di majlis tersebut.

Suasana meriah Aidilfitri (Dato' dan Datin tidak lupa untuk memberikan duit raya kepada anak-anak)