To' Pa bersama kepimpinan bahagian Jeli.
Air Merbo,16 Januari 2012 - Lebih 1,000 hadir ceramah isu-isu semasa peringkat DUN Bukit Bunga dekat sini.
Program anjuran UMNO Bahagian Jeli turut sama dihadiri Ketua UMNO Bahagian Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed,Timbalannya, Dato' Abd.Aziz Derashid,Naib, Dato' Dr.Azmi Setapa dan YB Mohd Adhan Kechik.
Kehadiran memberangsangkan itu antara bukti cukup bahawa bahagian Jeli kini bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menghadapi PRU 13 nanti.
Mustapa dalam ucapannya menggesa kepimpinan supaya terus mendampingi rakyat tanpa rasa jemu selain terus menyokong perjuangan parti.
Katanya, rakyat sememangnya mahupun 'sentuhan' dan tanggugjawab kita perlu terus dimainkan dengan merapati mereka berterusan.