Carian  
23 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 115 Murid Orang Asli Sungai Rual Terima Bantuan Persekolahan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 16 Januari 2012

Orang Asli.JPG
Tok Pa bergambar dengan murid masyarakat Orang Asli Sungai Rual yang menerima bantuan.


Sungai Rual, 16 Januari 2012
- Seramai 115 murid Orang Asli suku kaum Jahai di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual dekat sini menerima bantuan beg, pakaian,kasut dan wang tunai daripada Yayasan 1MDB.

Dato' Zahari Sulaiman, Pengarah Media Yayasan 1MDB berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga masyarakat Orang Asli dapat ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sempurna.

Menurutnya, kesemua kelengkapan dang wang tunai yang diagihkan ini bukan sahaja membantu murid yang memerlukan bantuan bagi meneruskan persekolahan bahkan menceriakan lagi mereka.

"Bantuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dihulurkan ini diharap dapat membantu meningkatkan pendidikan masyarakat Orang Asli di negara ini "katanya.

Hadir sama ke majlis ialah Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed dan Pentadbir Mukim DUN Ayer Lanas, Shamsuddin Ismail.

Sementara itu, seoang murid SK Sungai Rual, Asmawi Jamal,7 berkata, dia sangat gembira kerana mendapat kelengkapan baru persekolahan

"Saya rasa sungguh bersemangat dan tidak sabar untuk ke sekolah. Terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan kepada kami," katanya.

Guru SK Sungai Rual, Othmanizam Othman berterima kasih kepada Yayasan 1MDB atas sumbangan bakti mereka kepada masyarakat Orang Asli di sini.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement