Dato' Abd.Aziz menziarahi pesakit di Hospital Jeli.
Bandar Jeli, 10 Januari 2012 - Penduduk parlimen Jeli cukup bertuah kerana setiap bulan kepimpinan bahagian Jeli turun padang menziarahi mereka.
Program turun padang kepimpinan bahagian Jeli bukan sahaja memberi tumpuan di kampung-kampung bahkan mereka yang uzur dan sakit turut diziarahi.
Selain menjadi acara bulanan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed, budaya turun padang menjenguk mereka yang sakit di parlimen Jeli turut ikuti ADUN Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid.
Terbaru, Dato' Abd.Aziz Derashid turun menjenguk pesakit di Hospital Jeli dan menyampaikan sumbangan kepada mereka/