Dato' Abd.Aziz bergambar dengan anggota RS 2 Batu Melintang.
Batu Melintang, 11 Januari 2012 - Kira-kira 800 anggota Rejimen Sempadan (RS) 2 Batu Melintang dekat sini diraikan ADUN Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid.
Kumpulan anggota itu baru sahaja selesai operasi mereka di sempadan dan kepulangan mereka itu diraikan menerusi majlis makan besar di kem berkenaan.
Majlis meraikan mereka itu sentiasa dihadiri Dato' Abd.Aziz dan hubungan erat yang telah terjalin sekian lama itu sentiasa diperbaharui setiap masa.