YB Adhan turun padang mendekati penduduk sekitar Panglima Bayu.
Panglima Bayu, 11 Januari 2012 - Lebih 130 penduduk dekat sini menghadiri sembang petang bersama ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik di kedai kopi Kak Da.
Program bermula jam 4.45 petang itu turut sama dihadiri kepimpinan UMNO Bahagian Jeli dan penduduk kawasan sekitar.
Program turun padang untuk mendekati rakyat itu dilihat budaya sejak sekian lama di Jeli dan antara pendekatan yang berkesan bagi menyelami masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat.
Menurut Adhan, program tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa selaras kehendak dan kemahuan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed yang mahukan rakyat terus didampingi setiap masa.