Sebahagian penduduk sekitar Ayer Lanas yang hadir di majlis.
Ayer Lanas,12 Januari 2012 - Pelajar-pelajar diingatkan supaya menggunakan sebaik mungkin baucer buku 1Malaysia yang diberikan kerajaan.
Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa berkata, baucer hasil keprihatinan kerajaan persekutuan sekaligus membantu meringankan kos kewangan golongan berkenaan.
Menurutnya, kerajaan persekutuan hari ini sangat cakna kepada rakyat, pelbagai golongan diambil perhatian dan mendapat manfaat.
"Pemberian baucer ini bukan sahaja membantu pelajar dalam isu kenaikan kos termasuklah kos buku tetapi pada masa yang sama memberikan kegembiraan untuk mereka menuntut ilmu,"katanya.
Pada majlis tersebut 80 pelajar Politeknik Jeli menerima Baucer Buku 1Malaysia yang berjumlah RM 16,600.
Hadir sama ke majlis ialah Pengarah Politeknik Jeli, Hj Wan Azlan dan Ketua Polis Jeli, Sheik Azhar.