Kuarters Hospital Jeli ini boleh diduduki pada bila-bila masa.
Jeli,3 Januari 2012 - Usaha dan keprihatinan kerajaan persekutuan menyediakan kemudahan terbaik kepada kakitangan Hospital Jeli hasil usaha Ahli Parlimen Jeli,Dato' Sri Mustapa Mohamed mengembirakan mereka.
3 blok bangunan yang akan menempatkan keluarga kakitangan Hospital Jeli itu kini telah siap dan boleh diduduki pada bila-bila masa sahaja.
Projek yang dianggarkan bernilai hampir RM 9 juta itu selain membantu meringankan beban kakitangan Hospital Jeli pada masa yang sama membuktikan kesungguhan To' Pa membantu kakitangan kerajaan di Jeli.
Penduduk, Roslan Mat Nordin,45 berkata, kemudahan terbaik itu cukup membuktikan kakitangan kerajaan ini dibela kerajaan persekutuan.
Menurutnya, paling penting kemudahan yang dibina ini dapat menjimatkan masa dan kos terutama dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
"Inilah lambang keprihatinan yang diberikan kerajaan persekutuan dan Dato' Sri Mustapa Mohamed hasil sokongan dan kerjasam yang diberikan,terima kasih To' Pa,"katanya.