Khairul menyampaikan sumbangan papan karom kepada Pemuda Cawangan Bendang Besar dekat sini.
Bendang Besar,4 Januari 2012 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli dekat sini kerap turun ke bawah mendekati pemuda di peringkat cawangan selaras dengan pelan tranformasi politik.
Ketuanya,Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata,usaha berkenaan akan dipertingkatkan dan lebih agresif menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.
Beliau berkata,Pemuda akan melakukan kerja keras mendekati mereka dan peranan ini akan berterusan.
"Peranan ini antara lain usaha menyokong dan membantu segala apa yang dilakukan oleh Dato' Sri Mustapa Mohamed,kita tidak akan berdiam diri,"katanya selepas ditemui menyerahkan kelengkapan karom kepada Pemuda cawangan berkenaan.
Pada majlis tersebut lebih 100 orang hadir bertemua mata dengan kepimpinan Pemuda Bahagian Jeli.