
Pemberian cek bernilai RM 40 ribu oleh penderma untuk Masjid Bukit Bunga
BATU SEBELAS 08 OKTOBER 2007 – Satu Majlis Sumbangan Zakat Perdana telah diadakan di Darul Falah, kediaman Ahli Parlimen Jeli merangkap Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed disini.
Program Pembahagian zakat sempena Ramadhan 2007 kali ini melibatkan penerima daripada golongan warga emas seramai 700 orang dan 800 orang anak-anak yatim daripada sekitar Parlimen Jeli iaitu keseluruhan ketiga-tiga DUN, Bukit Bunga, Air Lanas dan Kuala Balah.Majlis penyerahan zakat di Darul Falah semalam juga turut memuatkan pembahagian sumbangan cek bernilai RM 40 ribu bagi pembelian tanah untuk Masjid Bukit Bunga dan RM 100 ribu untuk memperbesarkan masjid tersebut serta wang untuk kebajikan surau sekitar Parlimen Jeli.
Menurut YB Dato’ Pa dalam ucapan ringkasnya semalam, pembahagian zakat ini melibatkan penderma-penderma daripada Bank Rakyat, Tabung Amanah Rakyat, serta beberapa dermawan tanah air. Beliau dalam pada itu sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Kentucky Fried Chicken Berhad yang telah sudi menaja ayam goreng sebagai juadah berbuka kepada rakyatnya semalam. (dkhan_s@yahoo.com.my)

Rakyat berpusu-pusu mahukan KFC daripada To' Pa