Cawangan BSN di Jeli ini akan dibuka dalam masa terdekat.
JELI,29 DISEMBER 2011 - Hasil sokongan dan kerjasama yang diberikan penduduk parlimen Jeli kepada Ahli Parlimennya, Dato' Sri Mustapa Mohamed di balas dengan keikhlasan dan komitmen apabila hasil usahanya sebuah lagu bank kini bertapak di Jeli.
Terbaru,Bank Simpanan Nasional (BSN) kini membuka cawangannya yang ke 20 di Jeli setelah Affin Bank, Agro Bank dan Bank Muamalat menawarkan perkhidmatan mereka.
Sebagai sebuah bank komuniti,cawangan BSN itu akan dibuka dalam masa terdekat memandangkan permintaan terhadap sistem perbankan tersebut sangat dialu-alukan penduduk di Jeli terutama dikalangan kakitangan kerajaan.
Adanya perkhidmatan perbankan ini ianya memudahkan pelanggang untuk melaksanakan urusan mereka tanpa perlu ke bandar Tanah Merah yang terletak 55 kilometer dari pekan Jeli.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, Anuzi Mat Nordin berkata, adanya bank berkenaan cukup mengembirakan hati penduduk Jeli.
"Usaha berterusan To' Pa menyediakan kemudahan terbaik kepada penduduk Jeli ini sekaligus membuktikan kecaknaannya dan Jeli sentiasa di hatinya,"katanya.