Dato' Abd.Aziz berbual mesra dengan penderma di Hospital Jeli.
JELI,29 DISEMBER 2011 - Nilai setitik darah cukup bererti buat mereka yang memerlukan dan bagi penderma darah bersedekah adalah antara amalan yang sangat digalakkan dalam Islam.
Betapa besarnya pahala yang diperoleh kerana membantu mereka yag memerlukan,lebih 200 penduduk pelbagai peringkat umur hadir menderma darah menerusi kempen yang diadakan di Hospital Jeli,semalam.
Program yang sekaligus membantu golongan yang memerlukan bekalan darah itu secara tidak langsung menampung bekalan darah yang semakin berkurangan.
ADUN Kuala Balah,Dato' Abd.Aziz Derashid berkata,orang ramai yang pernah menderma darah atau tidak tampil untuk menderma darah di pusat-pusat darah berhampiran bagi menampung bekalan tabung darah.
Menurutnya,keprihatinan ini antara lain menunjukkan sifat rakyat Malaysia yang sentiasa cakna dan bertanggungjawab untuk membantu satu sama lain untuk membuat kebajikan dengan menderma darah.