Wanita Jeli turun menjayakan ziarah di DUN Bukit Bunga.
BUKIT BUNGA,27 DISEMBER 2011 - Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli dekat sini turun ke bawah menggempur DUN Bukit Bunga menerusi program ziarah rumah ke rumah di DUN berkenaan.
Ziarah di 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) membabitkan 200 buah rumah warga emas,orang miskin dan mereka yang uzur itu turut sama disertai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli,Roslinah Mohamed.
Menurut Roslinah,DUN Bukit Bunga dipilih kawasan pertama perlaksanaan program sebelum di gerakkkan di 2 lagi DUN di parlimen Jeli.
"Selepas ini, dalam masa terdekat kita akan memberi tumpuan di DUN Ayer Lanas dan DUN Kuala Balah.Kita akan gempur habis habisan dan pastikan pilihan raya umum nanti Jeli terus menjadi milik BN.
"Wanita Jeli akan terus kerja keras pastikan Gelombang Merah mencapi matlamat untuk menawan Kelantan,"katanya.