Penduduk bergotong royong mengacau bubur Asyura.
BUKIT BUNGA,21 DISEMBER 2011 - Seramai 100 penduduk pelbagai peringkat umur dekat sini terlibat menjayakan Program Mengacau Bubur Asyura di bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Bunga.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Bukit Bunga, Hanafiah Jaafar berkata,majlis yang bermula seawal pukul 8 pagi itu menyediakan sebanyak 4 kawah bubur asyura dimasak secara gotong-royong untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar
Menurutnya, semangat kerjasama yang ditunjukkan penduduk itu mampu mendidik anak-anak muda terutamanya menjadi insan yang pandai bergaul dalam kelompok masyarakat..
"Pelaksanaan program sebegini yang melibatkan penyertaan semua pihak idea Ahli Parlimen Jeli,Dato' Sri Mustapa Mohamed sekaligus dapat menerapkan nilai kerjasama di kalangan masyarakat,"katanya.