Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Madrasah Kg Asahan Hilir Menerima ‘Sentuhan To’Pa’ Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 01 Oktober 2007

Madrasah Bt11.jpg

Madrasah Kg Asahan yang berwajah baru (gambar kecil-En. Saidi)

 

BATU SEBELAS 30 SEPTEMBER 2007 – Sebuah madrasah yang dahulunya berdinding dan berlantaikan papan kini sudah menjadi lebih kukuh, selesa dan indah dipandang selepas ianya mendapat sentuhan prihatin daripada Ahli Parlimennya, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed yang menginginkan madrasah kegunaan rakyat itu dipercantikkan binaannya.

 

Menurut Ketua Mukim Asahan, Daerah Bukit Bunga, En. Che Saidi Yusof, peruntukan yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang bernilai RM 20 ribu ini telah dipohon peruntukannya oleh Dato’ Pa melibatkan RM 15 ribu untuk kos pembaikan bangunan dan atap serta RM 5 ribu lagi untuk kerja-kerja selenggaraan seperti mengecat, perpaipan, pendawaian, serta penyediaan lampu dan kipas baru.

 

Menurut beliau lagi, pembaikan Madrasah Kg. Asahan Hilir yang kini telah siap adalah bertepatan dengan kehadiran bulan Ramadhan bagi aktiviti tarawih disamping amalan wajib yang lain masyarakat disini. Masyarakat disini katanya cukup berterima kasih kepada Dato’ Pa kerana benar-benar cakna serta sentiasa menunaikan janji-janji beliau buat rakyat. “Mujurlah To’ Pa baiki, kalu dok gak, tak dok sapo doh nok baiki…”  (dkhan_s@yahoo.com.my)

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement