
Tiga dari kiri-Datin Kamarzan, Pn. Roslinah & kakitangan hospital bersama pesakit yang menerima sumbangan mesin oksigen
JELI 04 OKTOBER 2007 Selaku isteri Wakil Rakyat dan juga Ahli Parlimen Jeli, Datin Kamarzan binti Ahmad Meah semalam sekali lagi berkunjung ke Hospital Jeli bagi melihat keadaan pesakit-pesakit yang berada di wad disini semalam.
Kunjungan yang disertai sumbangan kepada rakyat ini turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Jeli, Puan Roslinah Mohamed serta beberapa kakitangan Hospital Jeli yang turut bersama-sama Datin melihat keadaan pesakit.
Datin dalam kunjungannya semalam turut menyampaikan sumbangan sebuah Mesin Oksigen yang benilai RM 5000 sumbangan daripada YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed. Sumbangan mesin oksigen ini merupakan sumbangan peribadi Dato’ Pa sendiri yang disampaikan oleh isterinya Datin Kamarzan buat seorang pesakit yang mengalami kesukaran bernafas.
Kebaikan dan kecaknaan Datin Kamarzan serta Dato’ Pa yang tak lekang dek masa ini adalah satu rahmat buat rakyat Jeli kerana mereka sememangnya bertuah mempunyai Wakil Rakyat yang bukan sahaja prihatin malahan pemurah.