Adhan bertanyakan khabar penduduk dalam ziarahnya dekat sini.
JAKAR,11 NOVEMBER 2011 - BERA 3 Nov. - ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik dekat sini turun ke bawah menjayakan program ziarah rumah ke rumah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kg Jakar.
Program sehari bersama akar umbi itu memberi peluang kepadanya turun menjenguk penduduk di kampung berkenaan membabitkan orang sakit, wanita bersalin dan menyampaikan sumbangan untuk mereka.
Sehari ziarah di PDM Kg Jakar,274 buah rumah diziarahi membabitkan 16 kumpulan kecil yang bergerak menziarahi penduduk dan bertanyakan khabar mereka.
Pengerusi JKKKP Bukit Bunga, Hanafiah Jaafar berkata, ziarah mesra dekati penduduk itu merupakan keikhlasan kepimpinan UMNO DUN Bukit Bunga bahawa kita prihatin terhadap masyarakat.
"Ziarah sebegini bukan sahaja mempereratkan perpaduan ummah bahkan inilah yang UMNO lakukan sejak sekian lama lebih-lebih lagi di parlimen Jeli ini.
"Kita sangat bangga sekali, Ahli Parlimen Jeli,Dato' Sri Mustapa Mohamed cukup kuat menyokong program ini dan ditambah lagi dengan kehadiran ADUN Bukit Bunga, MOhd Adhan Kechik,"katanya.