
Dato' Pa menyerahkan bantuan kewangan buat anak-anak yatim sebelum berbuka semalam
KELISAR 29 SEPTEMBER 2007 - Satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Jeli dibawah pimpinan Ketua Bahagiannya, YB. Dato’ Hj. Mustapa Mohamed dan isteri Datin Kamarzan binti Ahmad Meah semalam diadakan bersama pelajar-pelajar IPTA dari Universiti Malaysia Kelantan UMK, Universiti Malaysia Perlis UNIMAP, Universiti Teknologi Mara (Machang) UiTM, serta pelajar-pelajar daripada Politeknik dan Giat Mara Jeli telah diadakan dengan penuh meriah di Masjid Kelisar disini.
Majlis yang turut dihadiri oleh para pensyarah dan juga Pengarah UiTM Kelantan, Dato’ Prof. Dr.Hussin Abd Rahman serta Pengarah UMK, Dato’ Prof. Zainun amat dialukan oleh warga penduduk disini dengan juadah berbuka seramai lebih 400 orang.
Program amal Ramadhan ini semalam turut dimuatkan dengan acara Makan Colek serta pembahagian bantuan kewangan untuk anak-anak yatim Kelisar dibawah sumbangan agensi swasta juga Pertubuhan UMNO Jeli dibawah keprihatinan Wakil Rakyatnya ini.
Dalam ucapan Dato’ Pa semalam, beliau berterima kasih kepada sekalian warga pelajar dan pengajar kerana telah sudi memilih dan hadir ke Jeli untuk bersama-sama beliau dalam majlis berbuka. Menurut beliau lagi, program sebegini akan beliau terapkan menjadi program diseluruh negara pada tahun hadapan khas untuk Bulan Ramadhan yang mulia ini.
Para hadirin sedang menunggu azan berbuka (gambar kecil-Dato' Pa sedang menikmati colek)