Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Makan Colek Bersama To’ Pa di Ayer Lanas Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 30 September 2007

Mkn Colek A lanas_1.jpg

Dato' Pa memberikan ucapan ketika makan colek bersama penduduk Gmbr kecil bawah-Datin Kamarzan turut menjamu colek

AYER LANAS 29 SEPTEMBER 2007 – Selepas selesai berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih di Kelisar bersama penduduk dan juga pelajar IPTA Tanah Air, Ahli Parlimen Jeli, YB. Dato’ Mustapa Mohamed dan isteri, Datin Kamarzan Ahmad Meah sekali lagi bersama rakyatnya di Majlis Makan Colek anjuran beliau bersama penduduk disini.

Dato’ Pa dalam ucapan ringkasnya semalam menyatakan rasa berpuas hati beliau kerana banyak program-program amal yang diusahakan oleh beliau dan UMNO Bahagian Jeli telah berjaya terlaksana, “Program yang kita anjurkan ini adalah selaras dengan hasrat perjuangan kita dan UMNO untuk memastikan nasib rakyat terbela…”

Menurut beliau, program-program berbuka puasa serta program sumbangan untuk ibu tunggal dan warga emas yang dilakukan oleh beliau ini adalah demi untuk kepuasan hati rakyat dan beliau menyeru agar sekalian warga UMNO akan sentiasa bekerja dengan ikhlas demi hasrat yang sama.

Sebelum mengakhiri ucapan ringkasnya, Dato’ Mustapa Mohamed juga sempat menjemput sekalian hadirin agar menghadiri majlis berbuka di kediaman beliau pada 6 Oktober nanti serta Majlis Hari Raya Aidilfitri yang bakal diadakan pada hari ketiga syawal nanti.     

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement