Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Smart Solat Kali ke-6 di Gemang Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 28 September 2007

Smt Solat Gemang_1.jpg

Kanan atas-Ustaz Harun, bawah Ustaz Ahmad sedang memberikan tazkirah

 

GEMANG 27 SEPTEMBER 2007 – Program dibawah cetusan murni Wakil Rakyat Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed, 'Smart Solat' yang diadakan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini telah berlangsung buat kali yang keenam dan pada kali ini di Musalla Kg. Gemang disini dan mendapat sambutan hampir 100 orang peserta tempatan.

 

Program amal ini memuatkan pengisian tentang cara-cara serta tatatertib yang betul dalam melakukan amalan rukun sembahyang antaranya penekanan tentang wuduk yang betul dan sempurna, cara sembahyang dan rukun-rukunnya oleh Ustaz Hj. Harun serta tazkirah tentang kebesaran ramadhan dan fadhilat sembahyang oleh Ustaz Hj. Ahmad Che Kob.

 

Bersesuaian dengan penghulu segala bulan, program Smart Solat cetusan idea Dato’ Pa ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada masyarakat kerana ia bukan sahaja mampu mencantikkan lagi fadhilat solat malah memperkuatkan lagi ketakwaan terhadap Allah SWT.

 

Program kearah masyarakat yang bertakwa ini juga turut disertakan dengan pemberian sedekah bahan makanan sumbangan Dato’ Pa melalui wakil beliau, Setiausaha UMNO Bahagian Jeli, En. Mustafa Musa buat sekalian hadirin yang hadir. Bersempena dengan bulan yang dirahmati Allah ini semoga amal mulia yang dilakukan oleh To’ Pa ini mendapat keberkatan dariNya.   

 

Smt Solat Gemang_2.jpg

Pemberian sedekah oleh Dato' Pa melalui En. Mustafa buat jemaah wanita dan lelaki

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement