
Kiri-Tuan Amiruddin, Tengah-Dato' Pa sedang menjamu kurma sebagai pembuka puasa
BATU SEBELAS 26 SEPTEMER 2007 – Pegawai Memerintah Kem 301 Briged Infantri, Askar Wataniah, Lef. Kol. Amiruddin bin Dato' Hashim serta sekalian warga kem semalam telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa serta Solat Tarawih Berjemaah bersama Pemimpin Masyarakat disini, Ahli Parlimen Jeli, YB. Dato’ Mustapa Mohamed.
Majlis bersempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini merupakan acara tahunan warga kem disini dan setiap kali menjelang bulan yang mulia ini, majlis sambutan bersama Dato’ Pa selaku Wakil Rakyat yang sentiasa cakna akan kebajikan Kem 301 serta sekalian warganya akan diadakan.
Dalam ucapan ringkas Dato’ Pa semalam, beliau mengingatkan diri beliau dan sekalian warga kem agar bulan Ramadhan tahun ini dijadikan peluang untuk berlumba-lumba mencari amal kebajikan dan bersedekah, disamping kita merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan.
Menurut beliau lagi, “Tidak ada dinegara lain yang sambutannya seperti di Malaysia, kita disini cukup mewah dengan limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT, selaku umat islam kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan ini…”

Dato' Pa dan En Amiruddin bersalaman dengan sekalian jemaah selepas selesai bertarawih