Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Dato’ Pa Melawat Adik Amira Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 23 September 2007

Adik Amira_1.jpg

Dato' Pa kelihatan tersenyum mesra melihatkan keadaan adik Amira yang masih baik

   

AIR BATU 22 SEPTEMBER 2007 – Keprihatinan YB Dato’ Mustapa Mohamed selaku Wakil Rakyat di Jeli telah mengundang beliau kerumah adik Noor Amira yang baru sahaja berumur 9 tahun yang kini dikatakan mengalami sakit usus disini semalam.

 

Adik Noor Amira yang bersekolah darjah 3 di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah ini dikatakan sudah lama menghidap sakit usus namun kos perubatan yang tinggi tidak mengizinkan ibu bapanya untuk menghantar beliau bagi menjalani pembedahan.

 

Sedar akan nasib yang menimpa keluarga En. Nordin Awang, 40 dan isteri Rohani Yusoff, 36, Dato’ Pa telah berkunjung ziarah ke kediaman mereka bagi melihat sendiri  perkembangan adik Amira.

 

Ihsan yang lahir dari hati yang bersih ini menunjukkan bahawa Dato’ Pa juga selaku seorang hamba Allah yang kerdil yang sentiasa mengingati firman Allah yang menginginkan hambanya agar sentiasa menziarahi saudara islamnya yang lain terutamanya buat mereka yang dirundum malang.   

 

Adik Amira_2.jpg

Adik Amira mengucup tangan Dato' Pa sambil menerima sumbangan peribadi daripada beliau

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement