
Datin dan para jemaah wanita sedang menjamu colek
BERDANG 23 SEPTEMBER 2007 – Dibulan Ramadhan Al-Mubarak ini, selain memperkukuh dan mendekatkan diri dengan Allah SWT, masyarakat Kelantan mempunyai keunikan yang tersendiri dalam menyambut bulan yang mulia ini antaranya tradisi “Makan Colek” atau makan rojak buah, ikan/udang sememangnya sudah menjadi kemestian buat rakyat Kelantan dikala selesai menunaikan solat terawih.
Namun tidak ramai yang tahu bahawa sambutan sebegini bukan sahaja diamalkan oleh golongan rakyat biasa malah turut menjadi kegemaran isteri Ahli Parlimen Jeli, Datin Kamarzan Ahmad Meah yang turut menggemari budaya “Makan Colek” di Kelantan.
Datin dalam kunjungannya ke sini untuk menunaikan solat tarawih berjemaah bersama penduduk telah disajikan dengan hidangan colek buah dan juga colek ikan & udang sebagai menyambut kedatangan beliau selaku isteri pemimpin kesayangan mereka, Dato’ Mustapa Mohamed.
Sungguhpun majlis makan colek pada kali ini tidak disertai oleh YB Dato' namun kehadiran Datin untuk berjemaah bersama mereka semalam menjadi satu penghargaan buat sekalian penduduk dan warga Surau Kampung Berdang kerana berpeluang untuk bermesra dengan beliau.