Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pemuda Jeli Akan Terus Turun Dekati Anak Anak Muda Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 14 Jun 2011

Bola Jeli.JPG
Sebahagian anak-anak muda yang hadir melihat tayangan skrin besar anjuran Pemuda di Jeli.


JELI,14 JUN 2011 - Usaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli mengumpulkan anak-anak muda terutama di kalangan peminat bola sepak The Red Warriors di seluruh parlimen Jeli baru-baru ini menerusi perlawanan Piala FA cukup membanggakan.

Rata-rata 5 tempat yang membuat tayangan skrin besar anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli babitkan Bandar Baru Bukit,Bandar Jeli,Kuala Balah,BUkit Jering dan Felcra Salor dihadiri lebih 200 anak-anak muda.

Lebih meriah penganjuranyan yang mendapat sokongan dan kerjasama Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed itu turut disediakan cabutan bertuah.

Ketuanya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, penyertaan membanggakan itu menunjukkan reaksi positif anak-anak muda untuk bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli.

Menurutnyam,ternyata di kalangan mereka cukup gembira dengan panganjuran program sedemikian sebagai mengisi masa luang mereka.

"Langkah penganjurannya bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan anak-anak muda bahkan ianya menjadi platform mereka berkumpul,berbincang isu-isu semasa hari ini.

"Jadi, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli akan terus menggerakkan program sedemikian memandangkan impaknya cukup besar sekali,"katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement